Friday, June 22, 2018

Raya 2018 Yang Terlantar.. Part 1

Alhamdulillah...
Masih hidup dan semakin sihat walafiat, berbanding beberapa hari lepas.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin aku ucapkan. Setakat ni, ucapan raya dari mulut aku baru berapa kerat orang je yang aku wish.
Bukan apa, keadaan tak mengizinkan aku meraikan hari bermakna ni, pada 1 Syawal baru ni. Aku terlantar sakit, bebbb...uuu uuu uuu...

Alkisah..8 haribulan Jun tu aku berkursus Kataloging di IBD, Lanchang. Lama jugak lah, start 8hb hingga 13hb Jun 2018. Raya jatuh pada 15hb Jun. Ko ghaseee??? Masa dapat surat panggilan kursus tu, aku punyalah kelam kabut sediakan persiapan raya, sebelum bertolak ke IBD. Nasib baik baju raya, langsir raya mak aku, semua sempat aku sediakan. Dah siap semua baru lah aku lega sikit nak kursus. Lega sikit je lah, sebab rupanya Allah ada perancangan lain untuk aku. Mari aku cerita..

Masa kat IBD, semua benda berjalan macam biasa. Kursus, buat kerja, sahur, sungkai, petang rilek, pagi ngan malam buat kerja. Sehinggalah suatu hari, aku rasa nafas aku macam panas sikit, tekak tak berapa nak sedap, tapi badan still ok, boleh jalan and buat kerja. Masa tu hari Isnin, yakni 11hb Jun. Hari Selasa tu still sama, nafas rasa panas semacam. Aku rilek lagi..

Pagi sahur hari Rabu, 13hb Jun, last day dah ni kat IBD. Siang tu ada majlis penangguhan, dan terima sijil. Alhamdulillah aku dapat kategori Cemerlang untuk exam aku. Syukur Ya Allah, adalah jugak peningkatan dalam diri ini berkait pasal katak. Banyak-banyak katak, rupanya ada katak yang sado :p. puii, mengarut tetiba. Masa majlis penangguhan ni, kitaorang buat kat lobi IBD tu je, Takde buat kat dalam bilik mesyuarat atau dewan macam sebelum ni. So, semua orang berdiri santai-santai. Tetibe aku rasa seram sejuk macam nak pitam pun ada. Sijil aku tu aku pass kat Mike, minta dia jagakan kejap. Then aku jalan slow slow ke tandas. Sampai je tandas aku terus duduk atas lantai. Masa tu Ya Allah, aku punyalah tetiba menggigil, badan seram sejuk, tapi berpeluh-peluh. Pastu rasa macam nak muntah, loya semacam. Aduiiii...aku jarang sakit macam ni. Boleh kata dah bertahun dah aku tak jatuh sakit. Lain macam menggigil aku ni. Masa sahur tadi pun, aku dah rasa lain macam. Pastu aku minta panadol kat Amin. Dapatlah sepapan, makan lah aku dua bijik panadol masa sahur tu. Alih alih jam 10 pagi aku dah terduduk kat lantai tandas IBD lah pulak. What happen?

Dah beberapa minit lepas duduk tu, aku ok sikit. So aku pun bangun dan keluar semula untuk join majlis. Lepas tu ambil gambar ramai-ramai dan bersiap untuk balik. Masa nak tunggu Gilmoore tu, aku duduk menepek je kat tangga chalet tu. Berpeluh-peluh, tapi badan menggigil sejuk. Aku tak buang masa, aku bangun dan menapak naik ke atas, cari bilik Mike. Aku tau dia ada kat bilik ngan geng dia. Aku ketuk pintu, masuk and nasib baik ada dorang semua dalam tu berkumpul. Aku minta buah asam jeruk kat Joel. aku tau dia ada benda tu sebab pagi tu dia acah-acah nak bagi aku jeruk even dia tau aku puasa. Saja je ko kan Joel, haha. Dapat je buah asam jeruk tu, aku blah. Aku duduk balik kat bawah, menggigil sejuk tapi happy sebab nak balik rumah, nak balik Bota beraya makan lemang. Tapi Allah jua yang punya segalanya.....

Aku stop jap. Nanti aku sambung part 2. Aku ada appoinment nak buat carbon laser kat spa. Sat ye nnt balik aku sambung.


Thursday, June 7, 2018

Semenjak masuk hutan ni kan...

Semenjak start balik masuk hutan ni kan, aku yakin aku kurus sikit.
Ehek ehek ehekkk 😁
Lagi-lagi kalau program under HQ. Fuhh! Dia punya berpeluh tu, boleh perah baju kau tau.

Sebenarnya kali ni aku bukan lah nak sebut pasal masuk hutan kendian aku kurus. Bukann, bukan yang itu.
Aku nak cerita pasal efect kurus tu kepada aku.

Semenjak dah turun berkilo-kilo ni kan, aku rasa makin banyak pulak cobaan yang datang.
Cobaan apa? Korang baca je, nanti aku cerita kat bawah.

Dulu masa bujang pun aku kurus jugak weh, adalah dalam 50 kg macam tu berat badan aku.
Tapi masa tu aku tak melawa. Bedak muka pakai bedak talkum baby Johnson je.
Lipstik takde, pakat tonyoh lip balm je.
Kening? Lagi la togel je masa tu. Aku pun hairan macam mana husband aku masa tu boleh sangkut kat aku yg ugly tu, hihihi. Kalau tengok gambar mula masuk kerja dulu, Ya Allah, selekeh ya amat.
Hitam pun iye. Aku pun heran macam mana aku boleh jadi hitam masa datang Semenanjung ni.
Padahal aku Orang Sungai kot..

Lepas kahwin, beranak, and lepas tu lah berat badan naik bam bam bamm.
Lepas tu, ada trigger point kenapa aku nekad nak jaga pemakanan semula, exercise, yada yada yadaaa.

And semenjak kenal instagram ni, aku dah makin terdedah dengan dunia kecantikan minah-minah lawa dan tak berapa lawa kat luar sana. Kat instagram la aku kenal whitening drip, lukis-lukis kening, foundation glow lah matte lah, carbon laser lah, pressed on nails lah, eyelash perming lah, dan banyak lagi.
Wow, banyak cara rupanya nak jadi cantik ni ye. Aku je yang lambat tahu, kikikiki 😊 Bab whitening drip tu kan, aku akui aku pernah ambik.
Tapi aku ambil sekali je, sebab perasaan nak mencuba tu kuat sangat.
Lepas tu aku tak buat dah. Sebab apa? Sebab aku memang dah kulit cerah sejak azali.
Alhamdulillah untuk kelebihan yang itu.

Berkat pengaruh instagram dan semangat nak sihat semula, jadilah aku yang sekarang ni.
Yang kawan-kawan batch aku kata aku dah lain sekarang. Dah syantik dorang kata. Puiiii..haha.\
Seronok rasanya bila kau rasa badan dah ringan, and boleh pakai baju saiz M semula.
And seronok bila mana masa treking dalam hutan, ko boleh rasa stamina kau dah makin improve.
Tak sengsara macam masa aku naik Gunung Nuang hari tu. Kenangannn...

Bercakap pasal cobaan dan dugaan yang mendatang ni, meh la aku cerita serba sedikit walaupun tidak la detail.
Macam ni, senang cakap la sis, kau kalau dah kawin, badan agak slim, muka ada gaya, adalah yang datang nak try kau.

Serious weh, aku tak memain. Sebab aku sendiri dah alami peristiwa orang nak try tu.
Hurm...

Kadang-kadang rasa macam nak gemuk balik..
Nak bantai makan semua yang aku suka.
Rasa macam dah tak nak melawa dah..
Tapi kalau aku buat macam tu, aku rasa aku dah aniaya diri aku. Sakit pun dapat.

Aku suka diri aku yang sekarang ni. Cumanya aku kena pandai hadapi mereka-mereka yang sangap nak try bini orang ni.
Macam takde kerja lain korang ni kan?
Menyangap aje kerjanya.

Nanti nak sambung lagi.
Stop dulu eaaa.





Tuesday, May 8, 2018

Pesanan Dari Seorang Lelaki

Ada sorang lelaki ni kan, dia selalu bagi aku nasihat yang bagus-bagus.
Puas jugak la aku dengar semua nasihat-nasihat bagus tersebut.
Tapi kan, ada satu nasihat dia, aku paling ingat sampai sekarang. Dan nasihat tu aku nak kongsikan dengan kamu pompuan semua. Nasihat ni terguna pakai untuk semua perempuan, tak kisah janda atau perawan, bini orang atau anak dara.
Nasihat dia berbunyi macam ni..

"Orang lelaki ni, dia kalau ngorat-ngorat, cakap sweet sweet, concern terlebih isi periuk, korang yang pompuan jangan happy sangat"

"Kenapa pulak?" gigih aku bertanya.

"Orang lelaki ni, dia nak satu je dari pompuan. Dia dapat, dia suka lah" katanya pulak.

Ehhh..? dalam hati aku.. Belum sempat aku menyampuk, dia dah sambung.

"Orang lelaki ni, dia nak cipap je.." selamba badak dia sebut depan aku yg elegant nih. Cukup sebutan sabdu sabdunya sekali.

.
.
.
.
.
.
.


Terkedu aku beb...terkedu habis. Pastu dia pun sambung lah hujahan bernas dia tu. Katanya lagi, orang perempuan kena hati-hati, jaga pergaulan, jangan bebas sangat, jangan suka tengok cerita blue, jangan baca cerita blue, etc etc etc.

Amboihh ngko! Aku lempar sudu ke kepalanya (ok ni propa, haha).

Zaman sekarang ni Minah, Melah, Siti, Jenab, Rose, zaman soc med lah katakan. Orang pompuan kebanyakannya tak duduk rumah dah, semua dah pakat nak kerja jugak. Yang dah kawin, nak bantu suami. Ok semua tu, bagus niat memasing. Cumanya yelah kan, ada pulak jantan yang tunggu peluang. Lagi-lagi minah muka nerd suci murni macam aku ni.

Korang, aku ni muka je nerd, blur suci murni, tapi jangan ingat aku kosong weh. Masa belajar dulu, sempat lah aku menuntut silat sepanji walau tak khatam. Kalau setakat nak tumbuk padu muka kau, aku yakin aku boleh bagi lagi. Sempat jugak lah aku diperturunkan ilmu-ilmu membaca air muka dan maksud jari jemari. Sempat jugak la dormmate aku menaburkan berpuluh cd Maria Ozawa ke atas kepala kami sambil dia duduk bersila gagah di tingkat atas katil double decker asrama serupa hanat. Btw siapa Maria Ozawa tu?

Kebiasaannya, orang lelaki suka muka blur ni. Kata dorang, senang nak tabur umpan. Umpan kepala hotak korang. Nasihat berkaitan perkataan C.I.P.A.P. tu aku akan ingat sampai bila-bila...


Sekian coretan aku.
Mohon maaf, takde censored tulisan aku kali ni.




Thursday, January 18, 2018

Tahun Memberi Bunga

Alhamdulillah. Rajin pulak aku update blog hari ni ye, ahaha!

Tahun ni kan, aku gila bagi bunga. Bukan beli tau, tapi bagi bunga kat member. Setakat ni, dah 3 orang yang dapat. Sorang tu sebab bertukar kerja. Lagi dua tu sebab birthday. Ada lagi plan nak bagi ni, sebab member tu dapat naik pangkat. Yang ni soon to be. Hujung bulan ni nak bagi, insyaAllah.

Semuanya aku cari florist tu kat instagram je. Alhamdulillah, semua bunga sampai dengan jayanya. Bajet untuk setiap bunga tak lah mahal sangat. Sesuai dengan tujuan dan si penerima. Jap aku bagi korang tengok gambar-gambar munge semua tu ye.

Ok, yang first ni, bunga untuk Ida. Sempena birthday dia. Yang ni dekat je florist dia, kat Seksyen 7 Shah Alam. Bajet untuk bunga ni, RM 50 termasuk delivery. Ada instagram juga, sabby_b_florist_bridal. Phone number 019-6691297. Korang kalau nak, contact dia ye. Boleh adjust sesuai dengan your budjet. Ida punya ni, actually aku segan nak bagi depan-depan. Hahaha, sebab satu ofis kan. So, aku pilih timing baik punya. Aku minta florist tu hantar masa hari aku nak fly balik Sabah. Hah, nasib baik cun tarikh tu. Yang tak berapa cun, akak florist ni bagi wishcard tak berapa nak cantik. Pastu ejaan dia pun ala-ala budak wechat, hehe. Nama pengirim pun dia tak letak. Adoi, maybe silap aku jugak kot. Tak minta gambar sebelum hantar. Takpe-takpe, yang penting mesej kita sampai ye. Kesian Ida, memula tu dia hairan jugak siapa yang bagi dia bunga. Last tu aku mengaku aku yang bagi. Cuak pulak aku kalau laki Ida tetiba curious sapa bagi bunga kat bini dia kan. Ngam aku dah masuk dalam kapal terbang, dah pasang seat belt semua, aku whatsapp Ida sembang-sembang. Legaaaa. Aku set flight mode handphone aku lepas tu, sebab dah nak terbang kan?

Bunga untuk Ida :)


Pastu ada juga bunga untuk Durra, yang ni pun sempena birthday dia. Kaedah mencari florist still guna instagram. Harga RM 50 jugak termasuk delivery. Nama seller dalam instagram ialah littleangelsparty. Phone number dia 0102259330. Gambar bunga as below. Masa Durra dapat bunga ni kan, florist tu ada ambil gambar. Pastu dia whatsapp kat aku gambar tu. Aku tengok mata Durra dah merah, menangis ke beb? Hahaha. Tak lama pastu, Durra post kat fb. Pastu dia whatsapp, hehe. Terharu dia. Cian Durra.. 😊 Ha, tu aku baru bagi kau bunga, Cik Durra oi. Kalau aku bagi D5 kat engko, mau meraung kau kat tepi kaunter tu ha. Wakakaka.

Bunga untuk Durra :)


Pastu bunga yang ketiga ialah untuk member yang bertukar Jabatan. Dia masuk kerja sama dengan aku, tahun 2006. Tup tup November tahun lepas dia dapat offer dari JKR untuk jawatan lain. Member tu pun quit lah dari Jabatan Perhilitan, join JKR. 11 tahun dah kenal dia. Takpelah dia pindah Jabatan, aku doa yang terbaik untuk member ni. Aku bagi bunga sebab dia jaga aku dengan baik masa kami masuk hutan simpan Jerangau hari tu. Aku jatuh dia tolong. Aku menggigil lalu cerun bukit, dia tolong bawakkan haversack. Aku masak megi pedas arwah, dia tak komplen apa walaupun pagi lepas tu, semua orang sakit perut nak membuang. Mat Yo je ulang-alik tandas mau 5 kali. Tu belum orang lain..huhu, sorry korang. Aku tak tahu aku masak pedas sangat. So bunga ini untuk kau ye Mat Yo. Yang ni lain sikit designnya aku request. Roses in box bouquet orang sebut. Bukan apa, sebab dia ni lelaki, so aku rasa bunga dalam kotak macam ni paling sesuai dan senang orang lelaki nak handle, kalau compare dengan bouquet yang biasa kan. Kalau dia balik naik motor, pun senang nak bawak bunga ni. Letak je dalam raga motor. Takdelah kena kecam sangat tengok lelaki bawak bunga, haha. Florist ni cover area Kota Bharu. Nama kat instagram ombre.floristmy. Phone number 0162257622. Yang ni harga dia RM90 termasuk delivery rasanya. Hamboi harga, mentang-mentang bungkus dalam kotak, harga terus up ye, haha.

Bunga untuk Mat Yo

So, next memang ada plan nak bagi bunga jugak. Kat adik-adik aku, kat mak aku kat kampung, member-member rapat.

Mudah-mudahan hadiah kecil ini lebih mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan kita.

Bye korang. Aku nak makan beriyani jap. Perut aku dah bergegar kelaparan ni...

Asssalamualaikum semua.

Amoi Eton.


Thursday, July 13, 2017

Me as Personal Shopper For PBAKL 2017

Maigaddd...berabuk blog aku!
Meremang tulis tajuk post kali ni kan. Tetiba ber omputih aku, kau ghase? πŸ˜ 

Assalamualaikum sayang-sayang semua. Ramai ke yang baca blog aku nih. Kadang aku rasa krik krik je, hahahahaahahahahahahahah. Sedapnya syok sendiri kan?.

Ok, aku nak cerita pasal aku jdi Personal Shopper masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau ringkasnya PBAKL 2017 yang baru ni je buat kat PWTC. Last year je dorang ngengade tukar buat kat Maeps, Serdang. Berzaman aku melangkah nak ke sana last year 😜

Tahun ni, lepas aku daoat tahu PBAKL akan kembali ke PWTC, aku dah gembira sakan dah. Sebab aku baru je terjebak dengan pesta buku ni. Yakni sejak tahun lepas. Ahh poyo 😜 haha. Baru lah aku tahu, rupa-rupanya seronok giler pegi pesta buku. Orang yang datang, beribu...maybe beratus ribu. Ramai woo..

Maka, pada tahun ni aku cuba nasib jadi Personal Shopper untuk PBAKL 2017. Saja je cuba nasib, dapat customer maka dapatlah. Kalau tak ada yang order, maka takpe lah. Tapi..alhamdulillah ada jugak orang yang sudi percaya pada aku ni. Aku selit komen kat post Pesta Buku (Facebook dan instagram). Dan dari situ aku dapat customers. Syukur Ya Allah, cubaan pertama kali membuahkan hasil.

Lepas tu, ada satu publisher ni nama Lejen Press (kau cari dia kat facebook dan instagram). Dorang up post pasal sesiapa yang jadi Personal Shopper sebab dorang nak up satu post khas pasal PS nih. Aku ambil peluang dan alhamdulillah banyak dapat customer dari post Abang Lejen Press nih. Malahan, customer yang order buku dari booth Lejen Press ni pun turut order buku dari reruai yang lain. Alhamdulillah bertambah lagi rezeki kat situ.

Oh ye, konsep PS aku kali ni ialah UPAH SEIKHLAS HATI. Customer akan bank in bayaran penuh buku dan kos postage. Tapi dari segi upah aku untuk tolong beli buku-buku tu, terpulang pada pelanggan. Ada certain PS yang charge satu unit buku 3 ringgit. Ada yang charge 4 ringgit. Tapi aku tak kisah, akak nak bagi berapa pun takpe. Tak nak bagi pun takpe. Saya suka beli buku, ngeeeee 😁 

Ada dua kali jugak lah aku ke sana, sebab nak beli buku yang customer order. Paling hazab berebut buku kat booth Karya Seni. Maigadd...minah-minah yang kaki beli novel ni kalau kau tengok dia punya berebut buku tu, kau akan kengerian dik non.. Hahahaha. Aku pasrah je masa ni, berebut-berebut jugak, tapi takdelah hardcore macam dorang ni. Maybe dorang pun jadi PS jugak, sebab once buku ada kat rak, zupp 6 saat dah licin. Sepanjang aku beriktikaf kat booth Karya Seni ni, aku sempat berkenalan dengan pembeli yang datang khas dari Brunei dan Singapore. Wah gigih ko dik ambil flight datang Malaysia. Kipidap!

Post ni aku nak tulis ringkas je. Busy sikit minggu ni sebab nak masuk hutan lagi 17-26 Julai next week. Satu je aku nak tulis point penting sempena post Pesta Buku ni. Program ni memang boleh buat kau dapat duit. Kerja part time as a Persona πŸ˜„Personal Shopper pun kira masyuk, ko tahu.. Tapi next year kalau panjang umur aku plan nak buat lagi satu projek masa PBAKL ni.

Aku plan nak jual makanan time tu. Ngeee..

Wassalam.


Monday, May 29, 2017

Temuduga Program Pertukaran Belia Ke Korea 2017

Assalamualaikum dan Hayyy πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹

Amboih, tiga kisses aku bagi, hahahaha. Kawan-kawan, seperti sedia maklum tahun lepas yakni 2016 aku ada tulis satu post tentang temuduga program pertukaran belia Malaysia Korea kan. Cerita interview last year ada kat sini πŸ’™. Tapi dalam temuduga tu aku tak berjaya walaupun dah shortlisted ke dalam 18 orang yang final. Depa nak pakai 15 orang je, so mengikut hasil risikan (cewah!) aku terkandung dalam 3 orang yang rejected tuh πŸ’” aduhh, patah hati gua, hehehe. Takpe takpe, takde rezeki. So aku cuba lagi yakni tahun ini, 2017. Bermula lah cerita yang aku nak kongsi pula pada kali ni.

Proses permohonan macam biasa:
- iklan keluar kat eSila
- isi online
- print out, hantar ke HQ
- HQ setel dan hantar ke JPA
- dapat panggilan temuduga
- pergi lah ke temuduga tu 😊

Aku interview pada 9 Mei 2017, yakni hari kedua. Rupa-rupanya iv dah mula pada 8 Mei lagi. And, bab study, aku hanya boleh kata aku study macam biasa. Mana point penting tu aku cuba ingat dan hadamkan. Berbekalkan pengalaman iv tahun lepas, insyaAllah aku boleh menghadapinya walau lutut menggigil, haha. Pagi tu husband hantar aku ke JPA. Alhamdulillah, husband aku memang sangat-sangat supportive. Aku sayang husband aku sangat-sangat...huhuhu... Abang, i love you.. πŸ’˜πŸ’˜πŸ’˜ (korang kalau muntah please scroll down lelaju ye, hahaha).

Sampai je ke lokasi iv, aku daftarkan diri dan serah fail pada staf yang ready kat situ. Kalau kau tengok fail sijil-sijil aku, mesti korang kata aku show off atau pun korang gelak. Sebab apa, selain sijil aktiviti, keratan akhbar muka aku masuk surat khabar pun aku selitkan sekali dalam fail tu, kikiki.. πŸ˜€ Ada lah 3 atau 4 story yang ada muka aku dalam surat khabar, ada kat dalam tu. Hahahaha, terkezut orang JPA tu tengok fail aku. Masa tu muka aku jangan cakap la...tebalnya entah berapa inci. Tapi demi ke Korea, biarlah aku malu sekarang, dari menyesal kemudian. Ececehhh...

Bahahaha!! Show off giler. Macam ni pun aku sanggup nak masukkan dalam fail 😁

Sijil ni aku tak sempat taip nama. Aku sumbat je dalam fail ni. πŸ˜€

Sijil lama-lama pun aku sumbat jugak. Saja nak penuhkan folder, haha.

Ni bukti aku selalu masuk hutan. Kena bubuh jugak nih. Dulu rajin HQ sediakan sijil. Sekarang kurang, maybe sebab bajet tak de kot.

Latihan menembak. Setiap tahun mesti ada punya.

Ni paling latest muka aku masuk paper. Tahun ni jugak kot. Geram je aku tengok gambar ni. Muka aku macam kena lempar dengan tepung gomak!



Keratan paper online pun aku print. Saje je... πŸ˜‰

Sekali pandang, aku nampak nama aku dimasukkan ke dalam kumpulan B. Dengan pantasnya akal aku berfikir, oh aku dapat bilik interview berhuruf B, kot. Aku pun duduk lah di hadapan sekali (sebab kat depan tu je ada seat kosong. Seat lain, penuh, hurm..) Pintu depan aku tu, aku rasa bilik untuk dorang rehat-rehat, minum pagi dan sarapan kot. Sebab ada je orang keluar masuk bawak cawan, bawak pinggan. Dan, ada juga muka penemuduga yang aku pernah nampak last year, tahun ni ada lagi sekali untuk interview kitaorang. Aku perati je sorang-sorang....sambil tengok baju warna apa dia pakai. Rambut style apa pagi tu. Senyum dia macam mana pagi tu. Moody ke tak.. Eye contact.. Fuh, macam aku pulak yang nak menemuduga, ye tak? Puiii ramai-ramai.

Tak berapa lama menunggu, seorang staf JPA pun sampaikan taklimat awal dan bagi aku, orangnya peramah dan mudah mesra. Lastly dia bagi peluang untuk sesiapa bertanyakan soalan. Aku angkat tangan, dan bertanya tahun ni ada berapa orang yang layak temuduga. Serius sebenarnya aku tak ingat berapa figure yang Puan ni sebutkan. Tapi kalau aku tak silap yang dapat temuduga adalah dalam 300 lebih orang. Dan yang diperlukan hanyalah 15 orang sahaja. Keputusan yang berjaya akan keluar pada bulan Julai atau Ogos. Dan program ke Korea tu pada hujung bulan Oktober.

Ok lah, kita skip ke situasi interview aku lah ye. Start je iv, nama aku dan 3 orang lagi dipanggil. Glad to hear aku dalam group pertama yang dipanggil untuk pagi tu. Fuh, semangat dan ketakutan aku tu, lain macammm... Seram sejuk aku dibuatnya. Aku orang ketiga yang masuk, tapi aku orang pertama yang kawan-kawan suruh duduk. Kau ghase?? Huwaaa...nak tak nak aku duduk kat seat hujung sekali. So, aku tak sure aku orang pertama yang akan jawab soalan atau orang yang last sekali 😭😭😭

Panel penemuduga bagi ucapan alu-aluan hai hai morning dan perkenalkan diri masing-masing. Yang seorang tu alumni, yakni En. Faez. Encik Faez ni, kalau kau search dia kat FB, mesti kau jumpa punya. Dia kerja kat RTM rupanya. Dia lah orangnya yang buat video travelog ke Korea tu. Yang sorang lagi nama dia En. Firdaus, wakil JPA. Terus terang aku cakap, staf JPA nama Firdaus ni kan, kiut weh.... hahaha. Orangnya kecik-kecik kurus je. Tapi dia ada style dia tau.. Rambut panjang (takdelah panjang sangat pun, tapi rambut dia memang smart wa cakap lu), dia letak pomade setin kot buat sapu rambut dia bagi kemas. Hahahaha. Adoi sorry, msa taip ni pun aku tengah gelak sakan 😁 Rasa macam nak belikan dia pomade Amran Fans je. Hahahaha. Tap mata dia, tajam je. Macam mata Spizaetus cirrhatus (ko google..) I loike, mencabar gittew 😁😁😁

Ok lah, merapu je aku ni kan. Kita terus ke soalan penemuduga ye. Staf JPA mulakan sesi iv, Dia suruh kitaorang introduce diri sendiri dalam bahasa Inggeris. Ok, ini memang sudah diduga. Sama macam tahun lepas. Yang ni kami semua jawab dengan baik pada pendapat aku.

Soalan kedua, ditanya oleh En. Faez (alumni). Kenapa anda memohon program pertukaran belia ini? Dan apa kaitannya dengan kerja anda? Masa ni panel tanya dalam bahasa Melayu. So kitaorang pun jawab dalam Malay jugak.

Akak no. 1: 
Jawapan dia bagi aku memang ikhlas. Akak ni cakap terus-terang dan dari hati. Takde dia nak bagi reason yang berkait pasal kerja sangat. Dia kerja bahagian pencen, Jabatan Imigresen. Dia kata dia tak pernah naik kapal terbang. Dia tak pernah keluar dari Semenanjung Malaysia. So dia mohon program ni sebab nak merasa berjalan ke luar negara, sementelah anak-anak pun dah besar dan tak perlu risau sangat. Dia tambah lagi, kalau dapat peluang ke Korea dia nak ke sini, ke sana, ke sinun. Aku respek betul kak akak ni. Betul aku tak tipu, bukan aku nak propa ke, sindir sinis ke. Tapi kalau kau ada kat sana masa tu, kau boleh rasa harapan akak ni yang betul-betul nak travel ke negara luar. Sebab sepanjang hidupnya dia hanya duduk di tempat yang sama. Tapi aku tak tahu dari sudut pandangan panel penemuduga macam mana. Dorang suka atau tidak. Korang rasa jawapan akak ni macam mana? Ok atau tidak kalau terlalu berterus-terang? Jum bincangkan πŸ˜‰

Abang no. 2:
Abang ni kerja kat Transportation. Yang ni pun satu, orangnya cakap terus-terang je takde tipu-tipu. Dia kata dia dah pernah pergi ke Korea bersama isteri. Under program company isteri dia. Tapi dia kata dia tak puas nak pergi. So dia mohon lah program pertukaran under JPA ni. Masa dia cakap macam ni, aku perati je muka panel. Aku tengok silih ganti. Lepas tu abang tu bagi jawapan yang relate dengan kerja dia, yakni dari segi pengangkutan di Korea. Banyak juga ulasan abang ni. Aku dengar je. Ulasan daripada panel penemuduga pulak, En. Faez ni kata, bagus abang ni sebab ada pengalaman ke Korea. So kalau abang ni terpilih, senang kawan-kawan nak refer. Aku tengok macam abang ni ada harapan kat situ even dia kata dia dah pernah pergi Korea. So korang jangan lah takut bercerita yang betul dan benar ye. Kita menjawab biarlah ikhlas dari hati. I've learnt a lesson from this kakak and abang. 

Akak no. 3:
Ha, yang ni kau jangan pandang sebelah mata. Aku yakin dia betul-betul study hard untuk interview ni. Apatah lagi dia menggunakan reverse psychology untuk ambil hati dan attention para panel. Dan dia berjaya grab attention En. Firdaus JPA tu. Tapi si Firdaus ni cepat tersedar dan back to serious mode dia macam takde apa benda berlaku sebelum tu. Heh..gotcha. Ingat ai tak perasan Encik punya excitement jumpa orang Tawau? hahaha πŸ˜œ Aku serius lupa akak ni kerja kat mana.. Pertanian? Putrajaya? Arghh..kenapa aku boleh lupa point penting nih.. And one more, kalau kau rasa kau dah google semua jawapan tentang pertukaran belia Malaysia-Korea ni, trust me.. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut akak no. 3 ni sebijik yang ada dalam google. Kalau kau tengok dia punya hafal tu, kau mampu nak hafal setiap point? Dengan dia punya body languange, memang confident betul akak ni aku tengok. Aku kat sebelah dia, gulp gulp gulp telan air liur..cuak beb.

Turn aku:
Masa ni aku dah pucat dan gelabah... Habis lah, sebab semua point penting akak no. 3 ni dah sapu. Takkan aku nak ulang balik semua point yang dia dah sebut.? Sebab aku rasa kami sama-sama bergurukan guru yang sama, yakni En. Google! Parahhh.. Dalam tak keruan, aku cuba bertenang dan ambil nafas. Aku yakin aku boleh jawab soalan gajus ni.
Permulaan jawapan aku, aku mengakui aku bersetuju dengan ketiga-tiga kawan seinterview aku. Frankly speaking, aku kata aku mohon ni sebab kalau nak harap aku pergi dengan duit sendiri, memang tak jalan lah aku gamaknya. Bila masa duit aku boleh cukup untuk support perjalanan aku ke Korea. Alhamdulillah, panel alumni senyum dan angguk kepala pada aku. Syukur ya Allah, ada jugaklah keyakinan aku tu datang balik. 

Lepas tu, aku relatekan dengan kerja aku sebagai renjer. Aku kata aku tak sangka Korea ada Taman Negara yang dijaga elok. Info tentang Taman Negara Korea ni pun aku tahu melalui video travelog yang En. Faez sediakan. And, panel tu excited sebab aku sebut pasal video dia kat You Tube tu. Dia tak sangka kot ada peserta yang tengok video tu. Kau gila tak tangok video tu..?? Kau kalau dapat interview kau mesti tengok video tu. Kau mesti..! Hehe. 

Lepas tu aku sebut satu point penting hasil perguruan aku dengan En. Hazir Haron. Aku sebut tentang sikap pali-pali yang ada di kalangan orang Korea. Kau nak tahu tentang pali-pali? Please google. Ni tips penting ni. Aku share dalam blog ni ha. Tinggal korang rajin nak google je supaya lebih faham apa tu pali-pali. Google taw..jangan ngelat, babap kang 😜

Ni, gambar masa black out kat ruang menunggu temuduga kat JPA tu. Kau nampak tak gigi aku? Tengok bebetul. Sempat weh aku selfie dalam gelap nih πŸ˜„


Fuh, panjang benor elaboration pasal soalan yang kedua ye. Kini kita beralih pada soalan ketiga. Dia tanya 'kalau anda diberi peluang untuk bawak keluarga angkat datang ke Malaysia, anda nak bawak dorang ke mana?' 

Akak no. 1:
dia nak bawak ke Melaka. Lepas tu dia elaborate..

Abang no. 2:
aku tak ingat jawapan dia. kikikiki. Sorry bang, sorry.. Abang ensem bang, jangan marah bang.. 😝

Akak no. 3: 
dia nak bawak jalan-jalan ke Sabah. sebab akak ni orang Sabah, so dia selesa dengan negerii ni.

Aku:
aku nak bawak dorang ke Taman Negara. Camping dan tidur kat hammock. Tengok wildlife dan tengok hutan. Aku elaborate la sikit. Takkan aku nak jawab simple macam ni je kan. 


Soalan ke-empat. "Kononnya anda ialah Ketua Delegasi. Mengetuai perjalanan dan kawan-kawan sepanjang program di Korea nanti. Tiba-tiba ada ahli kumpulan yang tak sebulu. Senang kata, bergaduh le.. Apa tindakan anda sebagai Ketua dan apa anda akan katakan?" 

Akak no.1:
dia kata dia bagi nasihat. Lepas tu dia elaborate la sikit..

Abang no. 2:
dia kata dia akan bagi contoh tauladan yang baik. Komunikasi berkesan. Nasihat baik-baik. Lepas tu dia elaborate lagi.

Akak no. 3:
dia kata sebagai rakyat Sabah, dia lebih terbuka dan senang berkomunikasi dengan orang lain. Sebab di Sabah, masyarakatnya majmuk dan menghormati sesama agama dan bangsa lain. (ni kalau orang kuat politik dengar ni, boleh buat pont berdebat nih, hahahah. Aku, no comment). Lepas tu dia elaborate lagi.. Aku tengok panel angguk-angguk dan senyum je. Memang suka senyum panel alumni ni. Kalau panel JPA tu, muka dah macam Tuan Anas Mikael. Serious mode: ON.. 😝 Nasib baik Encik ni hensem, haha. Jangan marah Encik Firdaus. Encik kalau marah maybe bertambah handsome, hihu.

Aku:
sekali lagi aku terpaksa bersetuju dengan kesemua point yang kawan-kawan dah sebutkan tadi. Kau rasa perasaan aku masa tu macam mana? Dorang dah sebut semua point penting dowh. Komunikasi berkesan, nasihat baik-baik, bermusyawarah, taaruf, dan pelbagai lagi. So, apa point yang tinggal untuk aku?? Aku mahu tak mahu memang kena explain juga. Aku kata first sekali kita kena ingat, apa tujuan kita ke Korea ni. Selain tugas rasmi, for sure sebab kita nak berjalan, happy-happy. Kalau tiba-tiba ada yang buat muka masam manis macam kimchi, mana seronoknya tu? Asyik gaduh je.. So, kita kena berbincang face to face. Selidik punca masalah. Cari solusi. Bincang elok-elok. Muhasabah diri di bumi asing. Last kalau tak jalan jugak, aku sebagai Ketua Delegasi akan bawak dorang yang bergaduh ni pergi karoke! Ambik kau jawapan merapu aku. Panel bantai gelak, aku tak boleh buat apa..

Soalan ke-lima "Nanti masa kat sana, ada malam kebudayaan. Saya bagi awak masa 2 minit bincang nak persembahkan apa masa malam kebudayaan nanti" 

Kami pun berbincang sakan. Akak no. 3 rekemen kitaorang buat tarian Sumazau. Aku tengok muka akak no. 1 dan abang no. 2 dah lain macam. Muka tak setuju. Walaupun aku sendiri orang Sabah, aku tak berapa berkenan kalau kami menari Sumazau. Sebab tarian ni jenis slow motion. Sedangkan bagi aku kalau nak buat persembahan untuk orang luar, haruslah yang rancak, havoc, happening dan tepuk-tepuk tangan. So aku cadangkan sama ada boria, dikir barat ataupun joget. Alhamdulillah kami sepakat dengan tarian joget. Nasib baik boleh bukak You Tube, so aku cadangkan kat akak no. 3 untuk pilih lagu Joget Pahang nyanyian Siti Nurhaliza. 

Kami bangun dan aku susun kerusi ke belakang sikit. Supaya senang kami nak berjoget πŸ˜† Once lagu berkumandang di udara, aku bagi peluang kat akak no. 3 untuk nyanyi dulu. Aku dan yang lelain berjoget dengan muka selamba je. Masuk rangkap kedua lagu, aku tengok akak no. 3 ni macam tak bagi chance orang lain nak nyanyi je, hahahaha. Aku yang memang hafal lagu tu, terus nyanyi je rangkap kedua tu. Kami sama-sama nyanyi. Sambil nyanyi aku tengok akak no. 1 dan abang no. 2. Dorang bagi signal supaya joget sambil tepuk tangan. Aku pun follow, tepuk sekali. Lepas tu abang no. 2 bagi signal supaya buat joget sambil pusing belakang. Ewah cik abang, tadi malu-malu nak berjoget. Lepas tu, sakan ye bang...hahahahaha. Kita sama je bang oi. Lagi-lagi kerja renjer ni, keluar hutan mesti mau nyanyi punya.

Masa kitaorang berjoget tu, rupanya ada rakaman video you ollss.. Wakakakaka. Bila aku tengok balik video kitaorang menari tu, aku memang malu. Tak sangka aku boleh seselamba badak macam tu. Tapi ini lah usaha aku nak ke Korea dengan tajaan penuh. Mudah-mudahan ada rezeki aku kali ni. Keluar je dari bilik temuduga, kami dihujani dengan soalan kawan-kawan yang menunggu giliran. Aku share je semua info. Dorang pun tak sangka bab joget tu, sebab dari luar dorang boleh nampak kami berjoget, menyanyi, gelak-gelak.  

Itu lah isi kandungan temuduga yang dapat aku kongsikan. Semoga bermanfaat buat korang semua. Oh ye, kalau ada soalan, feel free to ask me. Tapi sebelum tu, aku mohon maaf sebab tak perasan komen korang kat post aku last year. Serius aku tak perasan weh..sorry sangat-sangat.. Aku bukan sombong tak nak reply tau. Tapi aku tak perasan.

So, kalau ada yang nak tanya apa-apa, feel free untuk follow aku kat Facebook Sharinah Abdul Lahit atau Instagram @amoi_eton. Tanya kat sana ye. Sesiapa yang terror dalam stalk stalk orang ni (macam aku πŸ˜‰) boleh jumpa phone number aku, memang aku respek abis kat kau. Kita memang perisik terhebat.

Aku stop dulu ye.
Panjang dah aku taip. 
Semua font warna biru tu, itulah soalan yang ditanya. Itu je soalannya.
Kalau group lain, aku tak tahu apa soalan dia.

Semoga post ini bermanfaat buat korang. Aku halalkan semua info yang aku kongsi. Mudah-mudahan ada rezeki aku nak ke Korea tahun ni. Aku dah berusaha sebaiknya. Keizinan suami pun aku dah tanya sebelum aku isi permohonan lagi. Mak dan anak-anak aku pun mendoakan aku sama-sama agar berjaya ke Korea pada kali ni. Ya Allah, mudah-mudahan aku dapatlah peluang ni. Amin amin amin Ya Allah..


Sekian dan wassalam,
Amoi Eton
Si Renjer Jutawan.
~jutawan tak semestinya kaya duit. tapi kaya iman dan kasih sayang, insyaAllah
πŸ’—πŸ’—πŸ’—


Cerita interview tahun 2016 ada kat sini πŸ’—πŸ’—πŸ’—

Monday, May 8, 2017

Inventori Hidupan Liar Di Hutan Simpan Kekal Bukit Bauk, Dungun

Assalamualaikum awak.

Renjer yang gagah perkasa walapun injured. Haha


Aku baru je balik dari Dungun. Ada kerja masuk hutan kat sana. Tak tahu le, nak update macam mana ni. Nak bubuh gambar je ke, atau nak tulis karangan, hahaha.

Ok lah, kita buat intro dulu lah ye. Untuk makluman awal, just nak bagitahu, aku dah lama tak masuk hutan. Hutan yang aku maksudkan ni, hutan tebal macam Taman Negara ye. Method masuk hutan yang aku maksudkan ni pun, ialah masuk hutan style trekking. Bawak haversack berat tu, bekalan makanan, hammock, flysheet, untuk kau tidur dalam hutan tu. Selama tak masuk ni, setakat masuk hutan kecil-kecil under Selangor ni memang lah aku selalu masuk. Itu pun, tidur kat basecamp dan trekking badan kosong je, bawak parang.

So, kali ni aku minta kat HQ nak masuk balik. Alhamdulillah, takde masalah dan nama aku naik balik untuk program under KBD, HQ. Maka, bermula lah semula aktiviti masuk hutan aku pada 17 April 2017 yang lepas.

Whole team.


Ha..ni group aku. Masuk ikut Bukit Bauk.

Tak ku sangka, 21 April 2017, itu lah tarikh keramat aku jatuh dalam hutan. Jatuh bangun perkara biasa. Tapi ini jatuh dan injured, beb. Meletup tempurung lutut aku. Berdengkot-dengkot aku jalan dalam hutan tu ha. Sakit dia tak payah lah dikata. Group member aku siap offer nak buat stretcher, tapi aku tolak cara baik. Bukan sombong tak nak orang bantu. Tapi aku tau azab bawak orang kat stretcher ni macam mana, sebab aku pernah rasa dulu masa Ikhtiar Hidup kat Kuala Koh. Fuhhh...penat woih :p

Few hours before jatuh. Masa ni jam 12 tengahari kot. Berehat sebentar,


Ko tengok lah gaya renjer sejati ni :p


Pagi sebelum jatuh. Masa ni dah siap packing khemah semua. Tinggal nak gerak je untuk second basecamp.


Haversack 60kg kat belakang aku gagah bawak sendiri. Jalan dengkot-dengkot pun takpe, sebab member sudi tunggu. Tapi aku cuak jugak la, takut tak sempat cari basecamp sebab jam pun dah tunjuk hampir pukul 5 petang. Dalam hutan kau jangan buat main. Lebih cepat gelap sebab pokok banyak kan. Nak cari punca air lagi, nak pasang hammock lagi. Azab beb..azab...

Macam mana ye aku boleh jatuh? Ha, mari aku cerita. Boleh jadi pengajaran buat korang jugak ni. Masa tu, kami berjalan menuruni bukit. Aku orang ketiga dalam line. Tak ku sangka, tanah yang ku pijak rupanya timbunan jaun mati dan di bawahnya ada akar berselirat. Tenggelam je kaki aku dalam daun tu, hujung jari tersangkut kat akar pokok. Maka, tersembam lah aku ke hadapan, sambil beban di belakang turut menyumbang kepada kejatuhan. Hahahaha :D

Pergh...gambar 2007 ngan 2017 lah beb. Haversack sama, orangnya pun sama. Aku sayang haversack aku, kiki.


Masa jatuh tu, aku boleh dengar bunyi meletup kat tempurung lutut. Lepas dah buka beg, aku cuba berdiri sendiri. Dapat je berdiri, aku jatuh balik. Rupanya kaki kiri aku tak boleh berdiri tegak. Kaki aku longlai tiba-tiba. Makanya berdiri lah aku dengan kaki kanan je. Sambil tu, aku cuba hayun-hayunkan kaki kiri aku ke belakang dan hadapan. Lepas tu terdengar semula bunyi meletup. Macam tempurung lutut dah balik ke lokasi asal dia :p

Aku cuba berdiri dengan dua kaki semula. Boleh la sikit-sikit. Lepas rehat seketika, aku decide untuk gerak sebab hari makin petang dan kami ada 3 km lagi nak dihabiskan. Fuh, untuk orang injured macam aku, jauhhhh tu...

Setelah cuba bertahan, akhirnya aku terpaksa ekluar hari Ahad tu. Jatuh hari Jumaat. Sabtu cuba bertahan untuk stay. Ahad aku dipaksa keluar walau aku tak rela. Uwaaaa....

Korang tengok lah pagar tu. Dah keluar dari hutan, still ada cabarannya. Kena pan jat pagar. Hahaha.


Team rescue datang jemput aku kat exit Kuala Dungun. Pujuk punya pujuk akhirnya aku tak perlu balik KL. Aku boleh stay kat Terengganu sampai last day supaya aku boleh bantu group aku buat report dan presentation slides. Alhamdulillah....dalam kepala aku sempat jugak fikir pasal sotong celup tepung! Hahahaha..!

Aku stay kat kuartes Perhilitan Kuala Berang. Dari Dungun aku gigih ambil teksi, Bayaran dia RM80 selepas tawar menawar. Aku pejam mata je bayar teksi tu, hahaha. Hope Pengarah aku tak potong la claim ot dan TNT aku. Potong kalu, hati aku terhiris sama, haha.

Sampai Kuala Berang dah malam. Aku pun dah penat. Dengan haversack aku, baju masuk hutan, adidas kampung, parang lagi, so aku memang tak plan nak pergi hospital malam tu. Lepas makan, kami (aku dan Gilmore) terus balik rumah dan zzzz. Sempat jugak la aku selfie kaki aku sekeping gambar.




Esok, lepas sarapan je, aku request Gilmore untuk bawak aku ke hospital. Dia memang incas yang baik. Dengan kelam-kabutnya dia pusing stereng Hilux tu dan aku dengan selambanya berkata, "Rilek Encik. Lagipun hospital sebelah sini". Hahahaha, Gilmore salah jalan daa... Sampai je Hospital Kuala Berang, yang buka cuma Emergency. Sebab cuti umum hari tu, hari perlantikan Agung. Ok lah, daripada tutup langsung kan. Macam biasa, daftar, panggil nama, soal-soal sikit, jumpa doktor, x-ray, jumpa doktor balik, sembang-sembang, ambil ubat. Korang tahu, memang terbaek lah Hospital Kuala Berang! Staf dan doktor dia, kalau lah boleh aku bubuh emoji 'terbaek' tu kat sini, aku bubuh 2 perenggan, kikikikiki!

Tu je lah aku nak cerita. Korang layan gambar ye. Sehingga berjumpa lagi. Oh ye, esok aku ada interview Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea. Doakan lah aku berjaya. Ya Allah, jika memang rezeki ku tahun ni, bantu lah aku Ya Allah. Hilangkan lah nervousku. Terangkan lah hati dan otakku. Jangan lah biar aku melalut menyanyi lagu Hang Pi Mana sebagaimana tahun lepas. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin...


Sekian, dari si renjer jutawan.
Amoi Eton.